Friday, May 8, 2009

TRIBUTE UNTUK IBU


Ibu..

Kau pemupuk kasih sayang..

Kerna kau lah ibu yang tercinta..

Kasihmu padaku tidak terhingga..

Hanya TUHAN dapat membalasnya..

 

Bait lagu ni khas ditujukan buat insan yang telah bersusah payah mengandungkan, melahirkan dan menyusukan dan membesarkan ku selama ini hingga ke saat ini. Aku memanggil beliau dengan gelaran ‘mak’.


“Dulu masa abg main-main ngan kaklong dan kakngah, abg jatuh katil sampai berdarah kat mata abg. Masih ada kesan parut kat tepi mata tu” kata ibuku. Terus aku membelek mukaku di cermin. Memang ada kesan parut tu sampai saat ni.


“Abg nangis tak masa jatuh tu, mak?” tanyaku kpd ibuku.


“Abg tak nangis. Mak yang nangis. Pastu abg yang lap airmata mak guna tangan abg. Mak cium pipi abg masa tu.” Jawab ibuku


Cerita ini diceritakan kembali oleh ibuku semasa aku berada di sekolah menengah. Masa aku jatuh katil tu, kata ibuku aku masih berumur 2-3 tahun. Aku pun tak ingat apa yang terjadi masa tu. Masih berhingus la katakan. Lihatlah, betapa besarnya kasih sayang ibu. Sepatutnya bila aku yang jatuh, aku lah yang menangis. Tapi ibuku yang menangis. Tinggi sungguh ego ku.


Mak dan ayah, terima kasih sebab ajar abg ngaji Quran sehingga abg khatam Quran masa darjah dua. Masa ayah nak pukul abg sebab malas mengaji, mak yang ‘back-up’ abg. Ingat lagi, masa tu ramai ngaji kat rumah kita. Lebih kurang 30 orang semuanya. Ramainya anak murid mak dan ayah. Malunya abg ngan mak dan ayah. Walaupun abg dah dapat sijil tahfiz Quran, abg tak ada walau seorang pun anak murid.


Mak, abg ingat lagi masa abg beritahu mak yang abg dapat masuk Darul Quran, mak bermati-matian menghalang abg masuk. Mak cakap ada orang yang sasau (gila) sebab susah sangat nak ingat Quran. Tapi masa tu abg yakinkan mak yang abg mampu buat yang terbaik. Alhamdulillah, akhirnya abg dapat juga menamatkan Program Persijilan Tahfiz abg.


Mak, walaupun beberapa kali abg pernah buat mak menangis, tapi abg tahu yang kasih sayang mak untuk abg tak pernah berkurang. Abg sendiri pernah tengok airmata mak jatuh menyembah bumi disebabkan sikap abg yang kurang menyenangkan hati mak. Abg tak tahu macam mana nak mintak maaf kat mak. Masa raya pun mintak maaf secara umum je. Mak, abg sayang mak sangat-sangat.


Ayah, terima kasih sebab memilih seorang ibu yang terbaik untuk abg dan adik beradik lain. Kaklong, kakngah, mai, siti, jaja dan naeim. Kami semua sayang sangat dengan mak dan ayah. Moga ayah dan mak sentiasa hidup bahagia bersama zuriat-zuriat kalian yang nakal-nakal ni. Moga-moga, kita semua akan dapat hidup bersama di dalam syurga nanti. Ameeen YA RABBAL 'ALAMEEN.. 


.: YA ALLAH, AMPUNILAH DOSA-DOSAKU DAN DOSA KEDUA IBU BAPAKU, DAN RAHMATILAH MEREKA SEBAGAIMANA MEREKA TELAH MENTARBIYAH DIRIKU SEJAK KECILKU :.

1 comment:

  1. waa..sedeynyer citer ni..nangis dah ni..

    ReplyDelete

KENANGAN TERINDAH

KENANGAN TERINDAH