Thursday, April 30, 2009

DI HENING MALAM

Di waktu hening malam

Di waktu sepi sebarang bunyi

Di waktu manusia di alam mimpi

Embun pagi membasahi bumi

 

Bangunlah insan

Bangunlah buangkanlah selimutmu

Sucikan badanmu dan pakaianmu

Sujudlah menyembah membesarkan Tuhanmu

 

Di waktu hening malam

Di waktu sepi sebarang bunyi

Di waktu manusia di alam mimpi

Embun pagi membasahi bumi

 

Panjatkanlah doa pohonkan ampunan dariNYA

Agar bersih hatimu dan juga akalmu

Tundukkan nafsumu kepada kebenaran

 

Pangkat dan darjat yang tinggi

Bagi yang berjaga malam

Di waktu malam yang sunyi sepi

Untuk Tuhan Tertinggi Lagi Terpuji

 

Jadikanlah malam merintih dan mengadu

Kepada Tuhanmu

Agar kerja kita dipimpinNYA…


.: DIWANI :.

AKUKAH GOLONGAN MUNAFIK ITU ??

Salam Perjuangan…

Petang ni terasa seperti nak menulis sesuatu dalam blog yang ala kadar ni. Seperti yang pernah ku katakan dahulu, blog ini hanya sekadar wasilah untuk aku meluahkan rasa kebosanan dalam jiwaku sepanjang waktu cuti semester ni.

Seperti biasa selepas solat zohor, aku membaca beberapa ayat dari Al-Quran. Kali ini aku membaca 4 maqra’ dari Surah An-Nisa’. Pada mukasurat terakhir juzu’ 5 ini, aku terasa seperti ada sesuatu yang menusuk kalbu ku.

Suka lah kiranya untuk aku berkongsi beberapa sebab yang menyebabkan  hatiku terusik. Dalam ayat 145 surah ini, ALLAH berfirman bahawa :

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.”

Ayat ini cukup menyedarkan ku bahawasanya seksaan untuk golongan munafik atau dalam bahasa yang lebih sopan disebut ‘hipokrit’ lebih dahsyat daripada seksaan untuk golongan kafir. Moga-moga aku tidak termasuk dalam golongan munafik ini. Na’uzubillahi min zalik.

Pada mukasurat ini juga disebutkan beberapa sifat atau perangai golongan munafik ini. Dalam ayat 142 surah ini, ALLAH berfirman yang bermaksud :

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).”

Sebagai kesimpulannya, sama-sama lah kita muhasabah diri kita sama ada kita ini berada dalam golongan yang bertaqwa ataupun beriman ataupun hanya Islam pada nama atupun yang paling dahsyat sekali kita ini tergolong dalam golongan yang ALLAH tempatkan di tingkat terbawah dalam neraka.

Moga-moga kita sentiasa mendapat rahmat dan lindungan daripada ALLAH TAALA di dunia dan di akhirat sana. Ameeen

                                .: HIDUP INI INDAH JIKA MENDAPAT REDHA ALLAH :.   

DAMBA KASIH

Semakin jauh ku dariMU

Semakin dekat pula KAU menghampiri daku

Oh TUHAN Yang Maha Pengasih

Siapalah diriku di pandanganMU

 

Semakin cuba ku dekati

Semakin kuat pula KAU mendugai aku

Oh TUHAN Yang Maha Sempurna

Kerdilnya diriku di hadapanMU

 

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMU

Sudikah KAU menerima hambaMU yang hina ini

Ya ALLAH Kau Maha Pengampun

 

Di bayangan mentari

Aku kealpaan

Dusta dunia penuh kepura-puraan

Di kala dinihari

Aku kepasrahan

Mendamba jernih embun kasih sayangMU

Oh TUHAN

 

Andainya dihitung amalanku

Belum tentu pasti dapat menghampiri gerbang syurgaMU

Oh TUHAN Yang Maha Pemurah

Hindari diriku dari siksaMU

Oh TUHAN..

 

Kasih sayangMU TUHAN

Itu yang ku dambakan

Dengan rahmatMU ampunilah diriku


.: IN-TEAM :.

Wednesday, April 29, 2009

BERAKHIRNYA KEGUSARAN DI JIWAKU

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ILAHI kerana akhirnya tamat sudah kegusaran di dalam jiwaku. Keputusan untuk peperiksaan akhir semester 2,2008/2009 telahpun dipaparkan di dalam web rasmi UIA. Debaran di jiwaku bermula sejak pagi tadi lagi. Namun kutabahkan jua jiwaku dgn melakukan kerja2 rumah,berbual bersama ibuku sehingga waktu zohor. Selepas solat zohor, ibuku pergi ke sekolahnya untuk mengajar KAFA. Tinggallah aku keseorangan di dalam rumah lantaran ayahku pergi ke tempat kerja sejak pagi tadi dan akan pulang seawal jam 6 petang.

Selepas selesai mengerjakan solat asar, aku berehat sebentar di masjid sambil memerhatikan 3 orang kaum Cina sedang melakukan kerja2 'renovate' masjid. Aku berfikir sejenak,'kenapalah orang kafir yang wat keje ni?mane peginya 'tukang2' di kalangan umat Islam?'

Lamunanku terhenti kerana tiba2 teringat tentang keputusan peperiksaan yang akan keluar sebentar lagi. Aku terus membuka lembaran Al-Quran, juzu' 6. Aku baca dalam 4 maqra' ataupun lebih kurang 10 mukasurat. Selesai sahaja membaca Al-Quran, aku bergegas pulang ke rumah. Sebelum melangkah keluar dari masjid, sempat aku menoleh ibuku yang sedang mengajar Al-Quran kepada beberapa orang tua yang ku panggil 'wan' ataupun 'nenek'. Sedih bila mendengar bacaan mereka. Syukur ku panjatkan kpd ALLAH kerana aku telah diperkenalkan dengan Al-Quran sejak kecil lagi.

Sampai di rumah, terus ku bukak laptopku dan juga internet. Tunggu dalam lebih kurang 20 minit. Baru boleh tengok keputusanku. Aku tidak terus melihat GPA dan CGPA ku kerana targetku untuk semester ini hanyalah untuk lulus semua subjek. Alhamdulillah, syukur sangat sebab lulus semua subjek walaupun GPA dan CGPA ku amat mengecewakan. Namun ku pasrah kerana usaha ku memang terlalu sedikit untuk semester ini.

ALLAH MAHA ADIL, wahai ibrahim
ALLAH MAHA ADIL, wahai sahabat2 ku

Sentiasalah bersangka baik dengan ALLAH. Ada hikmah di sebalik kegagalan ini. Moga-moga kegagalanku kali ini akan memberikan pengajaran besar dalam hidupku dan tidak melemahkan semangatku untuk terus berjuang dalam bidang ilmu dan yang paling penting dalam bidang DAKWAH ILA ALLAH

.: HIDUP HANYA SEKALI, SEDIAKANLAH BEKALAN SEBANYAK-BANYAKNYA UNTUK KE AKHIRAT SANA :.

INILAH DIA ALLAH

TUHAN adalah Zat Yang Maha Agung

WujudNYA tiada mula dan sudahnya

Kerana DIA bukan kejadian

Tiada siapa yang menjadikan

 

KuasaNYA Maha Hebat tiada batasnya

KehendakNYA terjadi bila DIA berkata

“Jadilah” terus terjadilah

Tiada siapa dapat menghalang

 

DIA tiada bertempat

Kerana tempat DIA yang menjadikan

DIA memberi tiada mengambil manfaat

Kerana DIA tiada berhajat

 

DIA sudah sempurna

Tiada mengambil ruang

Kerana ruang itu ciptaanNYA

DIA disembah atau tidak

Tiada berkurang tiada bertambah


Kalau bertambah ertinya DIA kurang

DIA tetap dengan kesempurnaanNYA

Maha Suci DIA dari kekurangan

DIA sediakala

 

Tiada didahului oleh tiada

ZatNYA tidak dapat difikirkan

Bagaimanapun dibayangkan

Itu semua mainan syaitan

 

TUHAN adalah Zat Yang Maha Agung

WujudNYA tiada mula dan sudahnya

Kerana DIA bukan kejadian

Tiada siapa yang menjadikan

 

 .: MAWADDAH :.

Hari Ini Dalam Sejarah

Salam sejahtera..salam perkenalan..salam pembuka bicara..

Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagiku. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan-NYA aku berjaya juga untuk melahirkan blogku sendiri. Aku bukanlah seorang yang pandai berkarya ataupun blogger yang hebat. Tujuanku melahirkan blog ini adalah semata-mata untuk mengisi kekosongan waktu ku yang sedang bercuti semester ini. Moga-moga, dengan kelahiran blog ini dapat menyerikan hidupku dan memberi manfaat kepada semua yang membaca dan melayari blog ini..

Hidup ini cuma sekali. Maka gunakanlah peluang ini untuk mencari sebanyak mungkin bekalan untuk kita di 'sana' kelak..

KENANGAN TERINDAH

KENANGAN TERINDAH