Friday, May 22, 2009

SIAPA BENAR?

"Seperti saya selalu sebutkan, sesungguhnya kebenaran akan datang dan kebatilan akan terbenam juga,"  kata-kata yang berjaya diucapkan oleh seorang yang baru sahaja diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak ‘yang sah’.


Aku tidak mahu mengulas malah tidak suka pun mengulas bagaimana beliau (Dato’ Seri Zambry) telah diberikan kemenangan dalam rayuannya seterusnya telah dinobatkan sebagai MB Perak yang sah kerana aku bukanlah ahli dalam bidang undang-undang dan kehakiman ini. Setinggi-tinggi ucapan tahniah beserta takziah aku ucapkan kepada Dato’ Seri Zambry.


Aku mula keliru dengan kenyataan Dato’ Seri  Zambry  tentang ‘kebenaran’ dan ‘kebatilan’ tu. Siapa yang benar? Dan siapa pula yang batil? Hanya ALLAH YANG MAHA TAHU. Bukanlah niatku untuk mengingkari dan mempertikaikan keputusan tiga orang hakim dan mahkamah pada sebelah petang tadi.


(Susah la tulis jawatan ni. Masa di hadapan ALLAH nanti, mana ada sebut jawatan ni. Mahkamah ALLAH adalah sebaik-baik mahkamah dan hukuman. So, dalam tulisan kali ini aku akan gunakan panggilan nama saja )


Tiba-tiba aku teringat kata-kata ibu dan ustazahku semasa di zaman sekolah dulu.


“ Hakim atau Qadi ni sebelah kakinya telah masuk ke dalam neraka.” Kata mereka.


 Terbayang di benak fikiranku tentang satu filem melayu yang pernah ditayangkan suatu ketika dulu. Bila mana seorang hakim dalam filem tersebut nak menjatuhkan hukuman kepada seorang penjenayah, dia telah bangun qiamullail untuk memohon supaya ALLAH TAALA memberikan petunjuk kepada setiap keputusan yang bakal dibuat oleh beliau. Beliau telah menangis di hadapan ALLAH RABBUL JALIL kerana takutnya beliau terhadap azab dan hukuman ALLAH YANG MAHA HEBAT.


Pertanyaan kepada ketiga-tiga hakim yang telah sebulat suara membuat keputusan terhadap kes Nizar-Zambry ni , “Adakah kalian bertiga telah memohon petunjuk kepada ALLAH sebelum anda buat keputusan petang tadi? Adakah kalian bersungguh-sungguh untuk menegakkan keadilan di muka bumi ini? Tidak takutkan kalian bertiga dengan AZAB ALLAH YANG MAHA SYADID sekiranya keputusan yang telah kalian sepakati bersifat tidak adil?”


Wallahu’alam. Kita serahkan segalanya kepada ALLAH. Ini bukan persoalan betul atau silap sesuatu keputusan tersebut dibuat, tapi ini soal keikhlasan dan keterikatan hati-hati kita kepada ALLAH dalam menentukan kesahihan sesuatu perkara.


Adakah ini petanda bahawa QIAMAT telah semakin menghampiri kita?


“ Bila sesuatu amanah diberikan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran “

 –al hadith-


Antara tanda QIAMAT juga adalah bilamana golongan ulama’ ini dimatikan oleh ALLAH. ADUN Manik Urai baru sahaja bertemu dengan ALLAH RABBUL JALIL. Mungkin betul apa yang telah aku katakan sebentar tadi. QIAMAT telah semakin menghampiri kita.


Sekali lagi. Wallahu’alam


Apakah hikmah di sebalik setiap perkara yang berlaku ini?

Siapakah yang akan memikirkan hikmah-hikmah setiap perkara yang berlaku akhir-akhir ini?


Siapa lagi kalau bukan kita semua. Terutama pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam kes Nizar-Zambry ini. Marilah sama-sama kita takut akan azab ALLAH YANG MAHA PEDIH. Marilah sama-sama kita fikirkan setiap perbuatan kita dan balasan yang bakal dianugerahkan oleh ALLAH nanti.

 

YA ALLAH, berilah kami kekuatan dalam menghadapi setiap ujian yang KAU timpakan kepada kami.

YA ALLAH, kami amat mendambakan satu kepimpinan ISLAM yang mampu membawa kami lebih mengenali dan mencintai-MU.

YA ALLAH, berilah kemenangan kepada ISLAM dan UMAT ISLAM.

YA ALLAH, KAU jatuhkanlah kerajaan manusia yang menjauhkan kami dengan rahmat-MU.

YA ALLAH, hanya kepada-MU kami sembah dan hanya kepada-MU kami memohon pertolongan.


AMEEEEN.. AMEEEEN.. AMEEEEN YA RABBAL ‘ALAMEEN..



 

3 comments:

  1. Salam

    Moga keadilan akan tertegak suatu hari nanti.

    Ameen...

    ReplyDelete
  2. amin..
    Allah dh menjanjikan kemenangan untuk ISLAM..
    cuma waktu sja yg belum diketahui..
    MAri kita sama meneruskan perjuangan!!!!

    ReplyDelete
  3. bersabarlah..Allah punye perancangan tersendiri..

    ReplyDelete

KENANGAN TERINDAH

KENANGAN TERINDAH