Saturday, May 2, 2009

HARI PEKERJA vs HARI PEMBALASAN

Sebenarnya aku tidak tahu apa yang mahu aku coretkan saat ini. Namun masa ini perlu juga diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Moga-moga tulisanku kali ini akan memberi manfaat untuk diriku dan juga sesiapa yang membaca dan menghayatinya.

Aku ingin berbicara tentang ‘Hari Pekerja’ atau dalam bahasa inggeris disebut ‘Labor Day’. Hari Pekerja diraikan pada 1 mei tiap-tiap tahun masihi. Tarikh ini diisytiharkan sebagai cuti umum untuk semua agensi kerajaan. Ia dilakukan khusus untuk meraikan nilai dan semangat para pekerja sama ada dalam agensi kerajaan ataupun swasta. Ni saja yang aku tahu tentang Hari Pekerja.

Seterusnya aku ingin mengingatkan diriku bahawa sebagai seorang manusia tidak kira agama apa, bangsa apapun, maka pekerjaan kita setiap hari mestilah bermatlamatkan ALLAH dan mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH. Tiba-tiba aku teringat satu firman ALLAH yang bermaksud :

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”          

SURAH AZZARIYYAT : 56

Kalau nak diikutkan, tidak ada waktu rehat dalam kehidupan seorang manusia ini. Setiap masa yang diperuntukkan oleh ALLAH mestilah digunakan sebaik-baiknya untuk mengabdikan diri kepada-NYA. Perlu diingatkan mengabdikan diri ini bukan saja ketika kita solat atau puasa atau berhaji, namun mengabdikan diri ini bermaksud kita meletakkan kepentingan dan peraturan ALLAH mengatasi segala-galanya.

Tadi, semasa aku menonton televisyen, aku terpandang Perdana Menteri ku bersalaman dengan beberapa orang wanita ketika menyampaikan cenderahati sempena Sambutan Hari Pekerja ini. Aku tidak tahu apakah niat beliau. Adakah untuk menjaga hati wanita-wanita itu? Sedangkan ada penerima hadiah tu dari kalangan lelaki bukan Islam tidak bersalaman pun dengan pemberi hadiah dari kalangan wanita Islam. Adakah dia (lelaki bukan Islam tu) lebih memahami Islam dari kita? Hanya Datuk Seri dengan ALLAH saja yang tahu. Cumanya, aku berasa pelik sejak dulu sampai sekarang, kenapa PM yang dipilih terlalu ‘berjiwa rakyat’ sedangkan kebanyakan perkara yang dilakukan itu membelakangi kepentingan dan peraturan ALLAH.

Demi ALLAH, bukan niatku untuk merendah-rendahkan kredibiliti Perdana Menteri ku..

Demi ALLAH, bukan niatku juga untuk membuka aib mereka..

Datuk Seri Najib Tun Razak, kami rakyat Malaysia amat mengagumi dan menyayangi anda. Alhamdulillah, kami bersyukur kepada ALLAH kerana negara ini masih dipimpin oleh orang Islam. Namun, apakah bezanya kita dengan orang yang bukan Islam? Adakah kita mahu dibezakan hanya pada nama?

Alangkah indahnya jika kita (seluruh umat Islam) beriltizam dan beramal dengan Islam seluruhnya (syumul). Marilah sama-sama kita tinggalkan perbuatan yang boleh menghalang redho dan rahmat ALLAH sampai kepada kita.

Nasihat ini bukan saja ditujukan kepada Perdana Menteri saja, malah peringatan buat diriku yang sering alpa dan terpesona dengan nikmat dunia ini. Bila kita menyayangi seseorang, tegurlah dia sekiranya dia ada melakukan kesilapan.

YA ALLAH, ampunkan segala dosa-dosa kami..

Datuk Seri, maafkan saya jika tersalah bicara, terlanjur bahasa. Percayalah datuk, kami rakyat Malaysia amat menyayangi anda..

 

 

No comments:

Post a Comment

KENANGAN TERINDAH

KENANGAN TERINDAH