Monday, May 4, 2009

MENANTI DI BARZAKH

Suatu kursus pengurusan jenazah telah diadakan di masjid kampungku pada hari sabtu yang lepas. Program ini adalah anjuran Masjid Kariah Kampung Kundur Tengah dengan kerjasama UMNO Cawangan Kundur Tengah. Ramai juga belia yang hadir. Lebih kurang 10 orang. Kira ramai la tu. Mungkin belia lain kepenatan kerana pada paginya mereka ada program membersihkan surau. Cat pun dah bertukar. Dari warna hijau bertukar ke warna merah. Cantik sangat.

Alhamdulillah, terlalu banyak ilmu yang ku peroleh sepanjang kursus ini berlangsung. Bukan hanya sekadar teori, praktikal pun ada. Walaupun aku pernah menghadiri kursus pengurusan jenazah sebelum ini, namun aku kian lupa kerana tidak pernah ada praktikal. Selalunya, bila ada kematian di kampungku, ayahku dan beberapa orang pegawai masjid yang menguruskan jenazah tersebut.

Sukalah kiranya untuk aku berkongsi apa yang aku peroleh sepanjang kursus tadi. Antaranya :

Pengurusan jenazah :

- Memandikan

- Mengkafankan

- Menyembahyangkan

- Mengebumikan

Tanda-tanda seorang yang hendak mati :

- Raut wajahnya kendur

- Hidungnya tunduk dan tidak dapat dilihat sendiri

- Apabila dia tidur terlentang, tangan tidak boleh masuk melalui pinggang

- Jari-jarinya lurus

- Sendi-sendi renggang

- Bila digaru kulit, tidak nampak kesan tanah pada kulit tersebut

- Sebelah atas pipinya lekuk

- Nadinya lemah

Alat-alat kematian lengkap :

- Kain kapan putih bidang 60(lelaki 15 meter, wanita 20 meter)

- Kapur barus sekotak

- Kapas 4 gulung

- Sabun wangi sebuku

- Air mawar sebotol

- Minyak attar 2 botol

- Cendana 2 bungkus

- Sekaki payung

- Sehelai tikar

- Jug/cerek

- Gunting


Terlalu banyak yang hendak aku kongsi. Namun yang penting, ilmu ini amat bermakna bagiku. Sentiasalah berusaha untuk membuat kebajikan. Moga-moga, kubur kita akan diterangi oleh cahaya Ilahi dan disejukkan oleh ALLAH.

Di sinilah tempat kita akan disemadikan suatu hari nanti. Mungkin esok, mungkin lusa. Walau apapun andaian kita, maut akan tetap menjelma. Walau berkuasanya kita di dunia ini, kubur tetap akan memanggil kita. Oleh itu, pastikan kita sentiasa bersedia untuk menghadapi saat kematian ini.

.: MANUSIA YANG PALING BIJAK ADALAH MANUSIA YANG SELALU INGAT AKAN MATI :.



No comments:

Post a Comment

KENANGAN TERINDAH

KENANGAN TERINDAH