Tuesday, November 17, 2009

ISLAM dan KEJURUTERAAN


MUQADDIMAH


Dari segi definasinya, kejuruteraan adalah tergolong dalam kumpulan sains gunaan yang dikaitkan dengan teori asas merekabentuk sesuatu hasil keluaran, atau sesuatu yang boleh memberi khidmat kepada manusia. Jelasnya, kejuruteraan adalah pemahaman sains tentang fenomena fizikal yang digunakan di dalam teknologi dan proses merekabentuk teknologi tersebut dengan menggunakan kaedah yang paling efisyen.


Dalam hubungan teknologi dan kejuruteraan, para cendekiawan Islam terdahulu mendapati terdapat dua prinsip asas Islam terdapat di dalam bidang kejuruteraan, iaitu pertama Konsep Kesetaraan (atau mizan) dan keduanya Konsep Keseimbangan (atau tawazun).


Dalam Islam, al-Mizan merupakan kaedah manusia diukur dari perbuatan baik dan mungkarnya. Manakala dalam sebuah sistem kejuruteraan, prinsip al-Mizan membawa maksud bahawa tiap-tiap sesuatu itu berada di dalam kedudukan yang betul di dalam sistem keseimbangan, atau tawazun sistem itu keseluruhannya diperlukan untuk mengekalkannya di dalam kedudukan tersebut.


CABANG KEJURUTERAAN


Sebagai contoh, dalam kejuruteraan kimia, prinsip al-Mizan digunakan untuk memahami bahan dan aliran tenaga. Begitu juga dalam kejuruteraan awam dan mekanik, tindakan daya dan momen menggunakan prinsip yang sama, sementara dalam kejuruteraan elektrik prinsip kesetaraan digunakan pada cas elektrik.


Dari segi sumbangan cerdik pandai Islam kepada perkembangan teknologi dan kejuruteraan, sejarah telah membuktikan sumbangan yang besar telah mereka curahkan dan kesannya masih lagi dapat dirasai hingga ke hari ini.


Sebagai contoh, sumbangan kejuruteraan mekanikal yang utama dalam teknologi Islam ialah alat mengangkut air untuk kegunaan bagi tujuan pengairan, perumahan, industri dan lain-lain. Mesin pengangkut air yang pertama digunakan di Mesir dan Syria dan dipanggil Shaduf. Alat ini mudah dan murah dan masih digunakan hingga ke hari ini di Mesur. Sementara dua lagi jenis pengangkut air dinamakan saqiya dan nau'ra. Saqiya digerakkan oleh tenaga binatang ternakan, manakala nau'ra digerakkan oleh kuasa air.


Dua tokoh jurutera Islam sekitar kurun 12M, yang menguasai ilmu kejuruteraan ialah al-Jazari dan Taqi al-Din. Mereka telah berjaya membuat modifikasi kepada shaduf dan menerangkan kaedah penggunaannya di dalam kitab-kitab karangan mereka. Mesin yang telah dicipta telah digunakan di Sungai Yazid di Damascus. Di mana mesin ini berfungsi menerusi roda yang separuh terbenam di dalam sungai dan berputar disebabkan oleh aliran sungai tersebut.


Sementara Taqi al Din pula di dalam kitabnya, menerangkan alat mengepam air dengan menggunakan roda berskoop. Satu perkara yang menakjubkan tentang alat ini ialah kemampuan juruteranya mencipta silinder piston yang dapat mengepam air ke atas. Silinder piston telah digunakan oleh Taqi al-Din pada alatnya untuk menghasilkan satu paduan daya tolakan mengepam air ke atas.


Manakala Banu Musa bersaudara pula telah berjaya mencipta mesin yang menggunakan bantuan air dan angin. Di mana ciptaan mereka ini digunakan untuk memesin jagung, menghancurkan gula dan mengepam air. Mereka juga berjaya mencipta satu bejana automatik yang boleh mengisi bejananya sendiri.


Sementara itu, kejuruteraan awam juga memberikan sumbangan yang cukup besar terhadap perkembangan teknologi Islam di zaman kegemilangannya. Teknologi bangunan yang mempunyai kaitan rapat dengan bidang arkitek, berjaya menonjolkan teknologi senibina Islam yang mengkagumkan seperti Masjid al-Aqsa di Jurusalem, dan juga Masjid Umayyad di Damascus, yang kedua-duanya dibina pada kurun ke 7M.


Teknologi kejuruteraan jalanraya dan jambatan Islam yang boleh dikagumi ialah pembinaan jambatan Shahristan di Isfahan, Iran pada kurun ke 12M, yang mempunyai gerbang yang berbilang-bilang atau bersegmen.


Dalam kejuruteraan hidrologi pula, sumbangan orang Islam juga sangat besar. Contohnya, ketika pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, beliau telah mengarahkan pembinaan terusan yang panjangnya 10 km, untuk mengalirkan air sungai Furat ke Basrah sebagai sumber air disebabkan kemarau yang panjang. Terusan lain yang dibina oleh Khalifah Umar Abdul Aziz ialah yang menyambungkan sungai Nil dengan Laut Merah yang panjangnya melebihi 100 km, dengan tujuan pengangkutan yang lebih cepat dapat dilakukan berbanding dengan pengangkutan darat.


Manakala di Parsi pula, teknologi air bawah tanah telah dibina di sekeliling bandar Isfahan dengan mengalirkan air daripada Sungai Zayandirud. Air daripada sungai ini telah dialirkan ke anak-anak sungai yang lain bagi kegunaan pertanian dan perumahan. Pembinaan sistem air bawah ini yang juga dikenali sebagai "qanat" yang direka oleh jurutera awam Parsi ini adalah di antara sistem pembinaan yang mengkagumkan. Kaedah pembinaannya telah diterangkan oleh seorang ahli matematik Parsi yang bernama al-Karaji. Teknologi ini amat berguna untuk mengelakkan berlakunya pengewapan air di padang pasir yang panas, di mana perancangan dan penyelenggaraan projek ini memerlukan penelitian yang rapi dan tersusun.


Begitulah sebahagian di antara sumbangan-sumbangan yang telah diberikan oleh jurutera-jurutera Islam pada masa lampau. Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menggalakkkan penemuan baru dalam teknologi Islam terutamanya sekitar kurun ke 8 hingga ke 12 M:


FAKTOR PERKEMBANGAN TEKNOLOGI


Pertamanya, ialah peranan yang dimainkan oleh Islam melalui ajarannya merupakan satu daya dorongan yang tinggi dalam pencapaian teknologi pada kurun tersebut. Sebagai contoh, ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah pendorong kepada umat untuk menimba ilmu, iaitu, surah al-‘Alaq, ayat 1 hingga 5, yang bermaksud;
"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan. Dia telah menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Paling Pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."


Faktor kedua ialah meningkatnya taraf kehidupan dalam bandar-bandar yang didiami oleh orang-orang Islam. Keperluan-keperluan kepada alatan-alatan baru dan canggih pada masa itu perlu dicari dan direka bagi memenuhi suasana dan keperluan kehidupan pada masa itu. Seiring dengan itu juga, kesemua kejayaan ini telah berjaya membentuk budaya dan tamadun Islam yang tinggi dan gemilang serta tersebar jauh ke setiap pelusuk dunia. Menerusi kejayaan inilah juga ahli-ahli saintis dan sarjana-sarjana Islam bebas bergerak dan mengembara untuk bertemu dengan pakar-pakar ilmuan yang lain. Dengan cara ini ilmu itu terus berkembang dan dimanfaatkan.


KESIMPULAN


Demikianlah secara ringkas kejayaan umat Islam terdahulu dalam bidang teknologi dan kejuruteraan. Sebagai kesimpulannya, kita sebagai umat Islam perlulah memahami bahawa sains dan teknologi tidak pernah bercanggah dengan ajaran Islam. Bahkan pencapaian dan penerokaan sains membolehkan umat Islam lebih memahami dan meyakini akan keagungan Allah s.w.t. Oleh itu, umat Islam perlulah berusaha melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat dan menguasainya, sehingga kita sekali lagi mampu untuk mencapai zaman kegemilangan Islam.

Artikel ini dipetik dari :



SPM : Anda Harapan IbuBapa & Ummah

Jadual Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk adik-adik..


SITI MARIAM BT HAFID:


Rabu, 18 Nov 2009
08.00 – 10.15 Bahasa Melayu 1
11.00 – 12.00 Sejarah 1 (Aneka Pilihan)
14.00 – 16.30 Bahasa Melayu 2


Khamis, 19 Nov 2009
08.00 – 09.45 Bahasa Inggeris 1
10.30 – 12.45 Bahasa Inggeris 2
14.00 – 16.30 Sejarah 2


Isnin, 23 Nov 2009
08.00 – 09.15 Mathematics 1 (Aneka Pilihan)
10.00 – 12.30 Mathematics 2


Selasa, 24 Nov 2009
08.00 – 10.00 Pendidikan Islam 1
14.00 – 15.40 Pendidikan Islam 2


Rabu, 25 Nov 2009
08.00 – 10.00 Additional Mathematics 1
14.00 – 16.30 Additional Mathematics 2


Isnin, 30 Nov 2009

08.00 – 10.30 Teknologi Kejuruteraan 2
14.00 – 15.30 Teknologi Kejuruteraan 1


Khamis, 3 Dis 2009
08.00 – 09.15 Physics 1 (Aneka Pilihan)
10.00 – 12.30 Physics 2
14.00 – 15.30 Physics 3 (Amali Bertulis)


Selasa, 8 Dis 2009

08.00 – 09.15 Chemistry 1 (Aneka Pilihan)
10.00 – 12.30 Chemistry 2
14.00 – 15.30 Chemistry 3 (Amali Bertulis)


Khamis, 10 Dis 2009

14.00 – 16.30 Lukisan Kejuruteraan 1




ADIK-ADIK USRAH SHAMS:


Rabu, 18 Nov 2009
08.00 – 10.15 Bahasa Melayu 1
11.00 – 12.00 Sejarah 1 (Aneka Pilihan)
14.00 – 16.30 Bahasa Melayu 2


Khamis, 19 Nov 2009
08.00 – 09.45 Bahasa Inggeris 1
10.30 – 12.45 Bahasa Inggeris 2
14.00 – 16.30 Sejarah 2


Jumaat, 20 Nov 2009
08.00 – 09.15 English for Science and Technology 1
10.00 – 11.00 English for Science and Technology 2 (Aneka pilihan)


Isnin, 23 Nov 2009
08.00 – 09.15 Mathematics 1 (Aneka Pilihan)
10.00 – 12.30 Mathematics 2


Rabu, 25 Nov 2009
08.00 – 10.00 Additional Mathematics 1
14.00 – 16.30 Additional Mathematics 2


Isnin, 30 Nov 2009
08.00 – 10.30 Biology 2
11.00 – 12.15 Biology 1 (Aneka Pilihan)
14.00 – 15.30 Biology 3 (Amali Bertulis)


Khamis, 3 Dis 2009
08.00 – 09.15 Physics 1 (Aneka Pilihan)
10.00 – 12.30 Physics 2
14.00 – 15.30 Physics 3 (Amali Bertulis)


Isnin, 7 Dis 2009
08.00 – 09.15 Ekonomi Asas 1 (Aneka Pilihan)
10.00 – 12.00 Ekonomi Asas 2
14.00 – 16.30 Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah 1


Selasa, 8 Dis 2009

08.00 – 09.15 Chemistry 1 (Aneka Pilihan)
10.00 – 12.30 Chemistry 2
14.00 – 15.30 Chemistry 3 (Amali Bertulis)


Rabu, 9 Dis 2009

08.00 – 09.15 Perdagangan 1 (Aneka Pilihan)
10.00 – 12.00 Perdagangan 2


Isnin, 14 Dis 2009
08.00 – 10.30 Bahasa Arab Tinggi 2
11.00 – 12.15 Bahasa Arab Tinggi 1


Rabu, 16 Dis 2009
08.00 – 10.30 Pendidikan Syari’ah Islamiah 2
11.00 – 12.15 Pendidikan Syari’ah Islamiah 1 (Aneka Pilihan)




Semoga ALLAH mempermudahkan urusan antum semua. Kejayaan yang akan antum capai dalam peperiksaan kali ini adalah hadiah terbesar (buat masa ini) untuk kedua ibubapa antum yang telah banyak berkorban dan mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada antum.


Buatlah yang terbaik untuk diri antum, ibubapa, guru-guru dan juga umat ISLAM keseluruhannya. Teruskan USAHA (study) bersama selangit DOA dan selautan TAWAKKAL kepada Robbul Jalil. Hasil daripada gabung jalin ketiga-tiga elemen inilah yang akan menghasilkan KEJAYAAN YANG DIREDHOI ALLAH.


Kelebihan pelajar-pelajar ISLAM adalah kita punya ALLAH sebagai Pelindung kita.


Ayuh adik-adik abang !!!


Mohonlah keampunan kepada ALLAH atas kelalaian dan kealpaan kita selama ini kerana tidak menggunakan segala nikmat kurniaan-NYA dengan sebaik mungkin.


Mohonlah kemaafan kepada kedua ibubapa dan seluruh guru yang pernah mengajar. Mohonlah maaf atas segala kekhilafan dan kebiadaban kita selama ini.


Ayuh !!! Jangan berlengah lagi..



Tuesday, November 3, 2009

FINAL EXAM

Adakah 'final exam' benar-benar menjadi wasilah untuk lebih mendekatkan diri kepada ALLAH TAALA ??

USAHA + DOA + TAWAKKAL = KEJAYAAN YANG DIREDHOI ALLAH

YA ALLAH..
Berikanlah aku dan sahabat-sahabatku kekuatan fizikal, mental serta rohani dalam menghadapi 'final exam' yang bakal menjelma tidak lama lagi..


Jadual 'final exam' yang amat-amat membuatku tertekan :

Thursday – 5 Nov 2009

8.00 am : TAHFIZ CLASS 4

Monday – 9 Nov 2009

2.30 pm : INSTRUMENTATION AND MEASUREMENTS

Wednesday – 11 Nov 2009

9.00 am : THERMOFLUID ENGINEERING

Thursday – 12 Nov 2009

9.00 am : COMPUTATIONAL METHODS AND STATISTICS

Saturday – 14 Nov 2009

9.00 am : THEORY OF MACHINES AND MECHANISMS

Sunday – 15 Nov 2009

2.30 pm : ELECTROMECHANICAL SYSTEMS



YA ALLAH..

Permudahkanlah segala urusan aku dan sahabat-sahabat seperjuanganku dalam menempuh 'final exam' yang merupakan ujian dunia ini..

YA ALLAH..

Berikanlah kami kejayaan dan kemuliaan di dunia dan di akhirat..

YA ALLAH..

Hanya kepada-MU kami sembah, dan hanya kepada-MU kami memohon pertolongan..






Tuesday, July 7, 2009

AKU YANG PENUH DOSA


“Lain kali nak kejut bangun pagi, cari muslimin. Tu je”


Tersentak aku mendapat ‘sms’ begini dari seorang kakak, sahabat dan seorang yang banyak memberi tunjuk ajar kepada aku selama ni. Aku mula sedar bahawa aku telahpun tersesat jauh dari landasan ISLAM dan DAKWAH yang sebenar. Aku pernah diundang perasaan ini suatu ketika dahulu yang menyebabkan hampir 4 bulan aku tidak berhubung dengan sahabat-sahabat yang berlainan ‘gender’ denganku.


Mungkin ini pentarbiyahan khusus yang ALLAH tujukan kepadaku lantaran dosa-dosaku selama ini.


Adakah aku masih belum sesuai untuk bersama sahabat-sahabat dalam medan yang dikatakan ‘perjuangan’ ini?


Ataupun, adakah aku yang tersilap memilih jalan ini?


Perlukah aku keluar dari medan ini?


Aku sering merasakan medan yang aku pilih ini tidak sesuai dengan jiwaku. Namun, bagaimana pula dengan satu firman ALLAH yang mafhumnya:


“…. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

~SURAH AL-BAQARAH : 216~


Aku sering tewas dengan dugaan-dugaan kecil ini. Sedangkan para Nabi, para sahabat dan pejuang-pejuang yang mempertahankan agama ALLAH ini lebih syadid(dahsyat) lagi ujian dan dugaan yang ditakdirkan oleh ALLAH.


Aku lah hamba yang paling berdosa jika meninggalkan medan dakwah dan perjuangan ini.


Tapi, bagaimana untuk aku selarikan perjuangan ini dengan hatiku yang sering dilanda masalah untuk tidak terlibat dengan perjuangan ini?


Memang benar.


“Baim, kalau bukan kita sendiri yang pujuk diri kita, takkan kita nak harapkan orang lain yang pujuk kita?”


Inilah kata-kata seorang sahabat,seorang teman, yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan memulihkan semangatku sepanjang aku berada dalam jalan ini. Beliau lah juga yang menjadi wasilah sehinggakan aku berada dalam jalan ini. Terima kasih, sahabat.


***********************************************************************************

Aku perlu keluar dari kecelaruan dan keserabutan ini.


Aku masih mencari dan menunggu keputusan sama ada aku perlu terus berada dalam landasan ini atau aku perlu keluar dan mencari yang lain.


YA ALLAH, tunjukkan lah aku jalan yang lurus, jalan yang benar-benar Engkau redhoi.


YA ALLAH, bantulah aku untuk keluar dari kekalutan ini.


Terima kasih wahai TUHANKU

Yang sentiasa melimpahkan rahmatNYA

Membenarkan aku menghadapMU TUHAN

YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG…



Saturday, June 6, 2009

FORUM INTELEKTUAL MAHASISWA DAN MASYARAKAT


Moh poie ghamai-ghamai !!!!

Thursday, June 4, 2009

BILA TUHAN TAK DITAKUTI

” YA ALLAH, serabutnya kepala ku ini” desus hati kecilku.

 

Aku merupakan seorang insan biasa yang tak punya apa-apa kekuatan melainkan kekuatan yang diberikan oleh ALLAH TAALA. Terkadang aku berasa begitu lemah dalam keadaan aku yang masih terkapai-kapai untuk memegang segulung ijazah, dan dalam masa yang sama aku mempunyai tanggungjawab sebagai seorang da’ie.

 

Bekerja dengan hati manusia ini memerlukan satu usaha yang berterusan dan mempunyai strategi yang mantap. Namun, apa yang lebih penting dari strategi yang kita rancang untuk memenangi hati mad’u adalah perlunya satu keterikatan hati dan pemikiran yang padu kepada ALLAH. Hal ini amt penting kerana hanya ALLAH yang memiliki hati-hati manusia ni. Hanya ALLAH yang mampu membolak-balikkan hati manusia ini.

 

Dalam keserabutan hati dan fikiran aku ini, tiba-tiba aku terjumpa satu lagu yang aku rasakan amat penting untuk aku kongsi liriknya bersama. Beberapa tahun yang lalu, sahabatku pernah mengatakan bahawa lagu ini pernah dimainkan dalam radio IKIM.fm, namun telah di’haram’kan kerana senikata lagu ini banyak menghentam kerajaan pada waktu itu. Mungkin juga pada waktu ini. Namun, hakikatnya senikata lagu ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat, tak kira tua mahupun muda, kaya mahupun miskin, yang berkuasa mahupun yang ditindas. Harapanku, semoga lagu ini mampu dimainkan semula di corong-corong radio terutama di IKIM.fm

 

Ini merupakan senikata lagu tersebut. Moga-moga kita menginsafi diri ini yang bila-bila masa sahaja boleh dipisahkan ruh dan jasad oleh ALLAH Subhanahu Wa Taala

 

 

Bila Tuhan Tak Ditakuti

Album : Terimakasih Tuhan
Munsyid : Mawaddah
http://liriknasyid.com

 

Bila TUHAN tak ditakuti macam - macam boleh terjadi
Tiap orang tak ketahuan halal hidupnya sendiri
Maka rosaklah di sana sini


Ada manusia puja alam sebagai TUHAN
Mabuk dengan gelombang laut yang menggulung
Digambarkan dengan kata sastera mempesona
Mereka tenggelam dalam gelombang sasteranya
Dia leka sendiri dengan buah penanya


Bagai orang tenggelam dalam lautan menggulung
Tidak tahu tujuan kemana mahu pergi


Bila TUHAN tak ditakuti macam - macam boleh terjadi
Tiap orang tak ketahuan halal hidupnya sendiri
Maka rosaklah di sana sini


Ada manusia puja alam sebagai TUHAN
Mabuk dengan gelombang laut yang menggulung
Digambarkan dengan kata sastra mempesona
Mereka tenggelam dalam gelombang sastranya
Dia leka sendiri dengan buah penanya


Bagai orang tenggelam dalam lautan menggulung
Tidak tahu tujuan kemana mahu pergi


Ada juga yang sibuk bercakap dengan emosinya sekali
Mengelilingi seluruh negri kadang-kadang berbohong sesuka hati



Berkata tidak mengota mengecam orang tak usah dikira
Sudah jadi makan minumnya, sudah jadi makan minumnya


Bila TUHAN tak ditakuti macam - macam boleh terjadi
Tiap orang tak ketahuan halal hidupnya sendiri
Maka rosaklah di sana sini


Ada golongan sibuk dengan kesalahan orang
Seolah - oleh mereka wira agama
Konon hendak membersihkan agama dari noda
Dan sebenarnya berlaku di depan manusia bukan hidup realitinya


Bila TUHAN tak ditakuti macam - macam boleh terjadi
Tiap orang tak ketahuan halal hidupnya sendiri
Maka rosaklah di sana sini


Mereka lupa diri sendiri
Mereka sendiri buat dosa

Membeli kereta dan rumah terlibat dengan riba
Anak - anak dan juga isteri tededah oleh setiap hari
Berbualan setiap hari tentang kenaikan gaji dan juga pangkat



Hidup sendiri nafsi - nafsi kecuali ada urusan rasmi
Yang ada kaitan dengan gaji, yang ada kaitan dengan gaji



Bila TUHAN tak ditakuti macam - macam boleh terjadi
Tiap orang tak ketahuan halal hidupnya sendiri
Maka rosaklah di sana sini


Bakhilnya amat ketara sekali
Mereka lupa semua itu adalah kesesatan dalam beragama
Kesesatan dalam beragama



Yang punya kuasa berbangga dengan kuasanya
Menggertak manusia setiap hari
Akta-akta dibuat untuk selamatkan diri mereka
Membantu orang bukan dari hatinya sendiri


Jasa-jasa disebut berulang-ulang kali
Jasa-jasa disebut berulang-ulang kali
Menceritakan jasa kepada manusia
Maka hilanglah pahalanya menipu diri tak disedari
Menipu diri tak disedari



Bila Tuhan tak ditakuti macam - macam boleh terjadi
Tiap orang tak ketahuan halal hidupnya sendiri
Maka rosaklah di sana - sini


Tak kurang juga ada di kalangan manusia
Setiap hari memikirkan hendak menghiburkan manusia
Berbagai cara dan gaya dipertunjukkan
Rupanya jiwa mereka sendiri tak terhibur jiwa mereka derita
Tak kurang juga membunuh diri



Bila Tuhan tak ditakuti macam - macam boleh terjadi
Tiap orang tak ketahuan halal hidupnya sendiri
Maka rosaklah di sana sini.. Di sana sini.. Di sana sini

 

 

Lirik-lirik nasyid di atas terutama yang di‘bolt’kan adalah peringatan/tazkirah/mau’izoh untuk kita semua terutama yang telah mengikat diri dalam GERAKAN ISLAM. Bukanlah niat ku untuk menjatuhkan semangat kita dalam ber’juang’, cuma sekadar untuk memperingatkan diri ku sendiri supaya sentiasa sedar siapa diri ini di atas muka bumi milik ALLAH TAALA ini.

 

Kadang-kadang, kita merasakan segala perbuatan/dakwah yang kita lakukan benar dan tepat belaka, tanpa memikirkan kesan yang bakal diterima oleh orang lain. Oleh dengan sebab itu, diri kita ini perlu sentiasa dimuhasabahkan oleh diri kita sendiri dan juga dimuhasabah oleh orang lain. InsyaALLAH, kita akan sentiasa diberikan petunjuk dan maghfirah oleh ALLAH TAALA dalam melakukan kerja-kerja DAKWAH ILA ALLAH ini.. Ameeen 

 

“ Islah nafsak, wad’u ghoirok “

 

Diharapkan perjalanan dakwah kita sentiasa di ’check n balance’ kan antara tanggungjawab kita kepada ALLAH dan juga tanggungjawab kita kepada manusia.  Moga-moga, kita tidak jadi penyebab kepada seseorang mad'u/ahli gerakan sendiri semakin jauh dari Islam yang tercinta ini.. Nauzubillahi minzalik

  

 

 

Friday, May 22, 2009

SIAPA BENAR?

"Seperti saya selalu sebutkan, sesungguhnya kebenaran akan datang dan kebatilan akan terbenam juga,"  kata-kata yang berjaya diucapkan oleh seorang yang baru sahaja diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak ‘yang sah’.


Aku tidak mahu mengulas malah tidak suka pun mengulas bagaimana beliau (Dato’ Seri Zambry) telah diberikan kemenangan dalam rayuannya seterusnya telah dinobatkan sebagai MB Perak yang sah kerana aku bukanlah ahli dalam bidang undang-undang dan kehakiman ini. Setinggi-tinggi ucapan tahniah beserta takziah aku ucapkan kepada Dato’ Seri Zambry.


Aku mula keliru dengan kenyataan Dato’ Seri  Zambry  tentang ‘kebenaran’ dan ‘kebatilan’ tu. Siapa yang benar? Dan siapa pula yang batil? Hanya ALLAH YANG MAHA TAHU. Bukanlah niatku untuk mengingkari dan mempertikaikan keputusan tiga orang hakim dan mahkamah pada sebelah petang tadi.


(Susah la tulis jawatan ni. Masa di hadapan ALLAH nanti, mana ada sebut jawatan ni. Mahkamah ALLAH adalah sebaik-baik mahkamah dan hukuman. So, dalam tulisan kali ini aku akan gunakan panggilan nama saja )


Tiba-tiba aku teringat kata-kata ibu dan ustazahku semasa di zaman sekolah dulu.


“ Hakim atau Qadi ni sebelah kakinya telah masuk ke dalam neraka.” Kata mereka.


 Terbayang di benak fikiranku tentang satu filem melayu yang pernah ditayangkan suatu ketika dulu. Bila mana seorang hakim dalam filem tersebut nak menjatuhkan hukuman kepada seorang penjenayah, dia telah bangun qiamullail untuk memohon supaya ALLAH TAALA memberikan petunjuk kepada setiap keputusan yang bakal dibuat oleh beliau. Beliau telah menangis di hadapan ALLAH RABBUL JALIL kerana takutnya beliau terhadap azab dan hukuman ALLAH YANG MAHA HEBAT.


Pertanyaan kepada ketiga-tiga hakim yang telah sebulat suara membuat keputusan terhadap kes Nizar-Zambry ni , “Adakah kalian bertiga telah memohon petunjuk kepada ALLAH sebelum anda buat keputusan petang tadi? Adakah kalian bersungguh-sungguh untuk menegakkan keadilan di muka bumi ini? Tidak takutkan kalian bertiga dengan AZAB ALLAH YANG MAHA SYADID sekiranya keputusan yang telah kalian sepakati bersifat tidak adil?”


Wallahu’alam. Kita serahkan segalanya kepada ALLAH. Ini bukan persoalan betul atau silap sesuatu keputusan tersebut dibuat, tapi ini soal keikhlasan dan keterikatan hati-hati kita kepada ALLAH dalam menentukan kesahihan sesuatu perkara.


Adakah ini petanda bahawa QIAMAT telah semakin menghampiri kita?


“ Bila sesuatu amanah diberikan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran “

 –al hadith-


Antara tanda QIAMAT juga adalah bilamana golongan ulama’ ini dimatikan oleh ALLAH. ADUN Manik Urai baru sahaja bertemu dengan ALLAH RABBUL JALIL. Mungkin betul apa yang telah aku katakan sebentar tadi. QIAMAT telah semakin menghampiri kita.


Sekali lagi. Wallahu’alam


Apakah hikmah di sebalik setiap perkara yang berlaku ini?

Siapakah yang akan memikirkan hikmah-hikmah setiap perkara yang berlaku akhir-akhir ini?


Siapa lagi kalau bukan kita semua. Terutama pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam kes Nizar-Zambry ini. Marilah sama-sama kita takut akan azab ALLAH YANG MAHA PEDIH. Marilah sama-sama kita fikirkan setiap perbuatan kita dan balasan yang bakal dianugerahkan oleh ALLAH nanti.

 

YA ALLAH, berilah kami kekuatan dalam menghadapi setiap ujian yang KAU timpakan kepada kami.

YA ALLAH, kami amat mendambakan satu kepimpinan ISLAM yang mampu membawa kami lebih mengenali dan mencintai-MU.

YA ALLAH, berilah kemenangan kepada ISLAM dan UMAT ISLAM.

YA ALLAH, KAU jatuhkanlah kerajaan manusia yang menjauhkan kami dengan rahmat-MU.

YA ALLAH, hanya kepada-MU kami sembah dan hanya kepada-MU kami memohon pertolongan.


AMEEEEN.. AMEEEEN.. AMEEEEN YA RABBAL ‘ALAMEEN..



 

KENANGAN TERINDAH

KENANGAN TERINDAH