Tuesday, July 7, 2009

AKU YANG PENUH DOSA


“Lain kali nak kejut bangun pagi, cari muslimin. Tu je”


Tersentak aku mendapat ‘sms’ begini dari seorang kakak, sahabat dan seorang yang banyak memberi tunjuk ajar kepada aku selama ni. Aku mula sedar bahawa aku telahpun tersesat jauh dari landasan ISLAM dan DAKWAH yang sebenar. Aku pernah diundang perasaan ini suatu ketika dahulu yang menyebabkan hampir 4 bulan aku tidak berhubung dengan sahabat-sahabat yang berlainan ‘gender’ denganku.


Mungkin ini pentarbiyahan khusus yang ALLAH tujukan kepadaku lantaran dosa-dosaku selama ini.


Adakah aku masih belum sesuai untuk bersama sahabat-sahabat dalam medan yang dikatakan ‘perjuangan’ ini?


Ataupun, adakah aku yang tersilap memilih jalan ini?


Perlukah aku keluar dari medan ini?


Aku sering merasakan medan yang aku pilih ini tidak sesuai dengan jiwaku. Namun, bagaimana pula dengan satu firman ALLAH yang mafhumnya:


“…. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

~SURAH AL-BAQARAH : 216~


Aku sering tewas dengan dugaan-dugaan kecil ini. Sedangkan para Nabi, para sahabat dan pejuang-pejuang yang mempertahankan agama ALLAH ini lebih syadid(dahsyat) lagi ujian dan dugaan yang ditakdirkan oleh ALLAH.


Aku lah hamba yang paling berdosa jika meninggalkan medan dakwah dan perjuangan ini.


Tapi, bagaimana untuk aku selarikan perjuangan ini dengan hatiku yang sering dilanda masalah untuk tidak terlibat dengan perjuangan ini?


Memang benar.


“Baim, kalau bukan kita sendiri yang pujuk diri kita, takkan kita nak harapkan orang lain yang pujuk kita?”


Inilah kata-kata seorang sahabat,seorang teman, yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan memulihkan semangatku sepanjang aku berada dalam jalan ini. Beliau lah juga yang menjadi wasilah sehinggakan aku berada dalam jalan ini. Terima kasih, sahabat.


***********************************************************************************

Aku perlu keluar dari kecelaruan dan keserabutan ini.


Aku masih mencari dan menunggu keputusan sama ada aku perlu terus berada dalam landasan ini atau aku perlu keluar dan mencari yang lain.


YA ALLAH, tunjukkan lah aku jalan yang lurus, jalan yang benar-benar Engkau redhoi.


YA ALLAH, bantulah aku untuk keluar dari kekalutan ini.


Terima kasih wahai TUHANKU

Yang sentiasa melimpahkan rahmatNYA

Membenarkan aku menghadapMU TUHAN

YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG…



KENANGAN TERINDAH

KENANGAN TERINDAH