TUHAN adalah Zat Yang Maha Agung
WujudNYA tiada mula dan sudahnya
Kerana DIA bukan kejadian
Tiada siapa yang menjadikan
KuasaNYA Maha Hebat tiada batasnya
KehendakNYA terjadi bila DIA berkata
“Jadilah” terus terjadilah
Tiada siapa dapat menghalang
DIA tiada bertempat
Kerana tempat DIA yang menjadikan
DIA memberi tiada mengambil manfaat
Kerana DIA tiada berhajat
DIA sudah sempurna
Tiada mengambil ruang
Kerana ruang itu ciptaanNYA
DIA disembah atau tidak
Tiada berkurang tiada bertambah
Kalau bertambah ertinya DIA kurang
DIA tetap dengan kesempurnaanNYA
Maha Suci DIA dari kekurangan
DIA sediakala
Tiada didahului oleh tiada
ZatNYA tidak dapat difikirkan
Bagaimanapun dibayangkan
Itu semua mainan syaitan
TUHAN adalah Zat Yang Maha Agung
WujudNYA tiada mula dan sudahnya
Kerana DIA bukan kejadian
Tiada siapa yang menjadikan
No comments:
Post a Comment