1- Mengapa terlalu banyak persoalan tanpa jawapan?
2- Kenapa perlu tukar perkataan ‘Tuhan’ dalam Rukun Negara kepada perkataan ‘ALLAH’?
3- Kenapa Tuan Guru Nik Aziz sokong penggunaan kata ‘ALLAH’ dalam Rukun Negara?
4- Adakah Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang merupakan ulama’?
5- Kenapa demonstrasi ‘penghinaan Nabi’ diadakan Jumaat lalu?
6- Siapa yang anjurkan demonstrasi ini? Kerajaan? Atau pembangkang yang dikatakan cintakan Islam dan Rasulullah?
7- Mengapa kerajaan mengharamkan demonstrasi?
8- Apa jadi kalau Pakatan Rakyat ambil alih Kerajaan Malaysia?
9- Siapa akan menang dalam PRK Parlimen Hulu Selangor?
10- Adakah kematian Ahli Parlimen Hulu Selangor itu suatu kebetulan? Ataupun suatu yang telah dirancang?
11- Mengapa sampai saat ini, umat Islam susah untuk bersatu? Adakah faktor bangsa? Atau kerajaan sengaja taknak umat Islam bersatu? Salah kerajaan ke?
12- Adakah matapelajaran Sejarah di sekolah menengah benar-benar ditulis mengikut Sejarah? Atau sekadar mahu memutarbelitkan fakta?
13- Mengapa susah untuk mengubah diri jadi lebih baik?
14- Kenapa ramai sangat orang yang faham Islam masuk PAS? Sedangkan UMNO-BN cakap PAS ni memecahbelahkan umat?
15- Kenapa ramai ADUN PKR dan DAP lompat parti dan mengkhianati amanah rakyat? Apa rahsia PAS menjaga ahli-ahlinya?
16- Adakah PAS sebuah Gerakan Islam atau Jamaah Islam? Ataupun PAS ni sebuah parti?
17- Mana lebih utama? Membina Baitul Muslim (keluarga Muslim) atau Fardi Muslim (individu Muslim)?
18- Adakah Nabi iktiraf kita semua ni umat baginda andai baginda ada bersama kita saat ini?
19- Banyak mana sunnah Nabi yang telah kita cuba untuk laksanakan?
20- Mengapa kita menyambut Maulidurrasul setiap tahun?
21- Adakah sambutan Maulidurrasul itu membuktikan kecintaan kita kepada Rasulullah?
22- Apa kes Lim Guan Eng tiba-tiba membatalkan Perarakan Maulidurrasul di Pulau Pinang?
23- Ni satu lagi persoalan. Kenapa kes pembunuhan Altantuya didiamkan sahaja sampai saat ni?
24- Kes Anwar Ibrahim pula macam mana?
25- Siapa Saiful Bukhari Azlan?
26- Siapa Najib Tun Razak?
27- Adakah Saiful Bukhari ada kaitan dengan Najib Tun Razak?
28- Dan, adakah Najib Tun Razak ni betul-betul ada kaitan dengan kes pembunuhan Altantuya seperti yang diberitakan dalam akhbar-akhbar tempatan dan luar Negara?
29- Ataupun, sekadar mahu merosakkan reputasinya sebagai Perdana Menteri yang mampu menundukkan Abdullah Ahmad Badawi?
30- Mengapa ramai orang sanggup mempermainkan agama?
31- Mengapa ramai orang yang mengatakan diri mereka Melayu-Islam, tapi tak pernah merujuk para ulama’ jika ada permasalahan agama dan sosial? Mungkinkah ulama’ ini ramai di kalangan insan-insan yang menyokong perjuangan PAS? Kalau dah tau ulama' ramai yang sokong PAS, kenapa kita yang bukan ulama' ni taknak menyokong PAS?
32- Siapa agaknya Perdana Menteri Malaysia yang ke-7?
33- Habis dah persoalan untuk kali ni. Mungkinkah ada soalan-soalan lagi selepas ini? Mengapa hanya 33 persoalan sahaja? Tepuk dada, tanya lah iman kita....
Wallahu’alam..
No comments:
Post a Comment