Friday, July 1, 2011

1 Malaysia : Kata-kata Berunsur Syirik Diutamakan

Hari ini, seperti biasa, saya memulakan rutin harian saya dengan membaca berita-berita di utusan online, malaysiakini dan harakahdaily. Saat terbaca satu berita bertajuk Tidak Rela BN Menang Tipu, saya amat terkejut sangat bimnang dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak. Beliau menyatakan bahawa "Jika kita buat penilaian yang betul, sudah tentu kita tahu bahawa tiada pihak lain yang boleh menjamin masa depan rakyat melainkan kerajaan BN". Pembaca boleh semak semula Utusan Malaysia – 29 Jun 2011, yang bertajuk ‘Tidak rela BN menang Tipu’.

Bagi saya yang masih cetek dari segi ilmu agama ini, saya berpandangan bahawa kata-kata yang dikeluarkan dari mulut Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bisa menghampiri kepada kesyirikan kepada ALLAH.

Saya masih kurang faham dengan apa yang cuba dimaksudkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Dari segi makna yang tersurat, jelas menunjukkan ketidakyakinan beliau terhadap konsep rezeki dan kerajaan yang telah digariskan dalam Al-Quran. Pembaca boleh meneliti beberapa ayat yang akan saya kemukakan di bawah ini.

Pertama mengenai konsep rezeki :

57. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu.

58. Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang mempunyai kekuasaan Yang tidak terhingga, lagi Yang Maha kuat kukuh kekuasaanNya.



Dalam ayat ini, jelas menunjukkan hanya ALLAH yang mampu menjamin masa depan hambanya (rakyat); bukan kerajaan BN mahupun mana-mana kerajaan di dunia ini. Walau bagaimanapun, saya tidak langsung menafikan konsep usaha yang memang sewajibnya kita laksanakan dengan sebaiknya. Yang saya tekankan dalam entri saya kali ini adalah mengenai aqidah yang soheh, serta keyakinan kita terhadap sumber rezeki yang hanya datangnya daripada ALLAH.

Kedua mengenai konsep kerajaan :

26. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai Tuhan Yang mempunyai Kuasa pemerintahan! Engkaulah Yang memberi Kuasa pemerintahan kepada sesiapa Yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah Yang mencabut Kuasa pemerintahan dari sesiapa Yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga Yang memuliakan sesiapa Yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah Yang menghina sesiapa Yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya Segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.



Dalam ayat ini pula, KUASA PEMERINTAHAN adalah hak mutlak ALLAH. Tiada kerajaan akan kekal di dunia ini melainkan KERAJAAN ALLAH.

Justeru, saya memohon dan mengingatkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak dan seluruh umat ISLAM supaya sentiasa berhati-hati dalam setiap kenyataan dan kata-kata yang dikeluarkan. Hal ini kerana kebimbangan saya terhadap kata-kata yang boleh menjeruskan kita kepada kesyirikan kepada ALLAH; tidak kira sama ada syirik jali (yang jelas kesyirikannya) mahupun syirik khofi (tanpa disedari kesyirikannya).

No comments:

Post a Comment

KENANGAN TERINDAH

KENANGAN TERINDAH