Saturday, June 6, 2009

Thursday, June 4, 2009

BILA TUHAN TAK DITAKUTI

” YA ALLAH, serabutnya kepala ku ini” desus hati kecilku.

 

Aku merupakan seorang insan biasa yang tak punya apa-apa kekuatan melainkan kekuatan yang diberikan oleh ALLAH TAALA. Terkadang aku berasa begitu lemah dalam keadaan aku yang masih terkapai-kapai untuk memegang segulung ijazah, dan dalam masa yang sama aku mempunyai tanggungjawab sebagai seorang da’ie.

 

Bekerja dengan hati manusia ini memerlukan satu usaha yang berterusan dan mempunyai strategi yang mantap. Namun, apa yang lebih penting dari strategi yang kita rancang untuk memenangi hati mad’u adalah perlunya satu keterikatan hati dan pemikiran yang padu kepada ALLAH. Hal ini amt penting kerana hanya ALLAH yang memiliki hati-hati manusia ni. Hanya ALLAH yang mampu membolak-balikkan hati manusia ini.

 

Dalam keserabutan hati dan fikiran aku ini, tiba-tiba aku terjumpa satu lagu yang aku rasakan amat penting untuk aku kongsi liriknya bersama. Beberapa tahun yang lalu, sahabatku pernah mengatakan bahawa lagu ini pernah dimainkan dalam radio IKIM.fm, namun telah di’haram’kan kerana senikata lagu ini banyak menghentam kerajaan pada waktu itu. Mungkin juga pada waktu ini. Namun, hakikatnya senikata lagu ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat, tak kira tua mahupun muda, kaya mahupun miskin, yang berkuasa mahupun yang ditindas. Harapanku, semoga lagu ini mampu dimainkan semula di corong-corong radio terutama di IKIM.fm

 

Ini merupakan senikata lagu tersebut. Moga-moga kita menginsafi diri ini yang bila-bila masa sahaja boleh dipisahkan ruh dan jasad oleh ALLAH Subhanahu Wa Taala

 

 

Bila Tuhan Tak Ditakuti

Album : Terimakasih Tuhan
Munsyid : Mawaddah
http://liriknasyid.com

 

Bila TUHAN tak ditakuti macam - macam boleh terjadi
Tiap orang tak ketahuan halal hidupnya sendiri
Maka rosaklah di sana sini


Ada manusia puja alam sebagai TUHAN
Mabuk dengan gelombang laut yang menggulung
Digambarkan dengan kata sastera mempesona
Mereka tenggelam dalam gelombang sasteranya
Dia leka sendiri dengan buah penanya


Bagai orang tenggelam dalam lautan menggulung
Tidak tahu tujuan kemana mahu pergi


Bila TUHAN tak ditakuti macam - macam boleh terjadi
Tiap orang tak ketahuan halal hidupnya sendiri
Maka rosaklah di sana sini


Ada manusia puja alam sebagai TUHAN
Mabuk dengan gelombang laut yang menggulung
Digambarkan dengan kata sastra mempesona
Mereka tenggelam dalam gelombang sastranya
Dia leka sendiri dengan buah penanya


Bagai orang tenggelam dalam lautan menggulung
Tidak tahu tujuan kemana mahu pergi


Ada juga yang sibuk bercakap dengan emosinya sekali
Mengelilingi seluruh negri kadang-kadang berbohong sesuka hati



Berkata tidak mengota mengecam orang tak usah dikira
Sudah jadi makan minumnya, sudah jadi makan minumnya


Bila TUHAN tak ditakuti macam - macam boleh terjadi
Tiap orang tak ketahuan halal hidupnya sendiri
Maka rosaklah di sana sini


Ada golongan sibuk dengan kesalahan orang
Seolah - oleh mereka wira agama
Konon hendak membersihkan agama dari noda
Dan sebenarnya berlaku di depan manusia bukan hidup realitinya


Bila TUHAN tak ditakuti macam - macam boleh terjadi
Tiap orang tak ketahuan halal hidupnya sendiri
Maka rosaklah di sana sini


Mereka lupa diri sendiri
Mereka sendiri buat dosa

Membeli kereta dan rumah terlibat dengan riba
Anak - anak dan juga isteri tededah oleh setiap hari
Berbualan setiap hari tentang kenaikan gaji dan juga pangkat



Hidup sendiri nafsi - nafsi kecuali ada urusan rasmi
Yang ada kaitan dengan gaji, yang ada kaitan dengan gaji



Bila TUHAN tak ditakuti macam - macam boleh terjadi
Tiap orang tak ketahuan halal hidupnya sendiri
Maka rosaklah di sana sini


Bakhilnya amat ketara sekali
Mereka lupa semua itu adalah kesesatan dalam beragama
Kesesatan dalam beragama



Yang punya kuasa berbangga dengan kuasanya
Menggertak manusia setiap hari
Akta-akta dibuat untuk selamatkan diri mereka
Membantu orang bukan dari hatinya sendiri


Jasa-jasa disebut berulang-ulang kali
Jasa-jasa disebut berulang-ulang kali
Menceritakan jasa kepada manusia
Maka hilanglah pahalanya menipu diri tak disedari
Menipu diri tak disedari



Bila Tuhan tak ditakuti macam - macam boleh terjadi
Tiap orang tak ketahuan halal hidupnya sendiri
Maka rosaklah di sana - sini


Tak kurang juga ada di kalangan manusia
Setiap hari memikirkan hendak menghiburkan manusia
Berbagai cara dan gaya dipertunjukkan
Rupanya jiwa mereka sendiri tak terhibur jiwa mereka derita
Tak kurang juga membunuh diri



Bila Tuhan tak ditakuti macam - macam boleh terjadi
Tiap orang tak ketahuan halal hidupnya sendiri
Maka rosaklah di sana sini.. Di sana sini.. Di sana sini

 

 

Lirik-lirik nasyid di atas terutama yang di‘bolt’kan adalah peringatan/tazkirah/mau’izoh untuk kita semua terutama yang telah mengikat diri dalam GERAKAN ISLAM. Bukanlah niat ku untuk menjatuhkan semangat kita dalam ber’juang’, cuma sekadar untuk memperingatkan diri ku sendiri supaya sentiasa sedar siapa diri ini di atas muka bumi milik ALLAH TAALA ini.

 

Kadang-kadang, kita merasakan segala perbuatan/dakwah yang kita lakukan benar dan tepat belaka, tanpa memikirkan kesan yang bakal diterima oleh orang lain. Oleh dengan sebab itu, diri kita ini perlu sentiasa dimuhasabahkan oleh diri kita sendiri dan juga dimuhasabah oleh orang lain. InsyaALLAH, kita akan sentiasa diberikan petunjuk dan maghfirah oleh ALLAH TAALA dalam melakukan kerja-kerja DAKWAH ILA ALLAH ini.. Ameeen 

 

“ Islah nafsak, wad’u ghoirok “

 

Diharapkan perjalanan dakwah kita sentiasa di ’check n balance’ kan antara tanggungjawab kita kepada ALLAH dan juga tanggungjawab kita kepada manusia.  Moga-moga, kita tidak jadi penyebab kepada seseorang mad'u/ahli gerakan sendiri semakin jauh dari Islam yang tercinta ini.. Nauzubillahi minzalik

  

 

 

Friday, May 22, 2009

SIAPA BENAR?

"Seperti saya selalu sebutkan, sesungguhnya kebenaran akan datang dan kebatilan akan terbenam juga,"  kata-kata yang berjaya diucapkan oleh seorang yang baru sahaja diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak ‘yang sah’.


Aku tidak mahu mengulas malah tidak suka pun mengulas bagaimana beliau (Dato’ Seri Zambry) telah diberikan kemenangan dalam rayuannya seterusnya telah dinobatkan sebagai MB Perak yang sah kerana aku bukanlah ahli dalam bidang undang-undang dan kehakiman ini. Setinggi-tinggi ucapan tahniah beserta takziah aku ucapkan kepada Dato’ Seri Zambry.


Aku mula keliru dengan kenyataan Dato’ Seri  Zambry  tentang ‘kebenaran’ dan ‘kebatilan’ tu. Siapa yang benar? Dan siapa pula yang batil? Hanya ALLAH YANG MAHA TAHU. Bukanlah niatku untuk mengingkari dan mempertikaikan keputusan tiga orang hakim dan mahkamah pada sebelah petang tadi.


(Susah la tulis jawatan ni. Masa di hadapan ALLAH nanti, mana ada sebut jawatan ni. Mahkamah ALLAH adalah sebaik-baik mahkamah dan hukuman. So, dalam tulisan kali ini aku akan gunakan panggilan nama saja )


Tiba-tiba aku teringat kata-kata ibu dan ustazahku semasa di zaman sekolah dulu.


“ Hakim atau Qadi ni sebelah kakinya telah masuk ke dalam neraka.” Kata mereka.


 Terbayang di benak fikiranku tentang satu filem melayu yang pernah ditayangkan suatu ketika dulu. Bila mana seorang hakim dalam filem tersebut nak menjatuhkan hukuman kepada seorang penjenayah, dia telah bangun qiamullail untuk memohon supaya ALLAH TAALA memberikan petunjuk kepada setiap keputusan yang bakal dibuat oleh beliau. Beliau telah menangis di hadapan ALLAH RABBUL JALIL kerana takutnya beliau terhadap azab dan hukuman ALLAH YANG MAHA HEBAT.


Pertanyaan kepada ketiga-tiga hakim yang telah sebulat suara membuat keputusan terhadap kes Nizar-Zambry ni , “Adakah kalian bertiga telah memohon petunjuk kepada ALLAH sebelum anda buat keputusan petang tadi? Adakah kalian bersungguh-sungguh untuk menegakkan keadilan di muka bumi ini? Tidak takutkan kalian bertiga dengan AZAB ALLAH YANG MAHA SYADID sekiranya keputusan yang telah kalian sepakati bersifat tidak adil?”


Wallahu’alam. Kita serahkan segalanya kepada ALLAH. Ini bukan persoalan betul atau silap sesuatu keputusan tersebut dibuat, tapi ini soal keikhlasan dan keterikatan hati-hati kita kepada ALLAH dalam menentukan kesahihan sesuatu perkara.


Adakah ini petanda bahawa QIAMAT telah semakin menghampiri kita?


“ Bila sesuatu amanah diberikan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran “

 –al hadith-


Antara tanda QIAMAT juga adalah bilamana golongan ulama’ ini dimatikan oleh ALLAH. ADUN Manik Urai baru sahaja bertemu dengan ALLAH RABBUL JALIL. Mungkin betul apa yang telah aku katakan sebentar tadi. QIAMAT telah semakin menghampiri kita.


Sekali lagi. Wallahu’alam


Apakah hikmah di sebalik setiap perkara yang berlaku ini?

Siapakah yang akan memikirkan hikmah-hikmah setiap perkara yang berlaku akhir-akhir ini?


Siapa lagi kalau bukan kita semua. Terutama pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam kes Nizar-Zambry ini. Marilah sama-sama kita takut akan azab ALLAH YANG MAHA PEDIH. Marilah sama-sama kita fikirkan setiap perbuatan kita dan balasan yang bakal dianugerahkan oleh ALLAH nanti.

 

YA ALLAH, berilah kami kekuatan dalam menghadapi setiap ujian yang KAU timpakan kepada kami.

YA ALLAH, kami amat mendambakan satu kepimpinan ISLAM yang mampu membawa kami lebih mengenali dan mencintai-MU.

YA ALLAH, berilah kemenangan kepada ISLAM dan UMAT ISLAM.

YA ALLAH, KAU jatuhkanlah kerajaan manusia yang menjauhkan kami dengan rahmat-MU.

YA ALLAH, hanya kepada-MU kami sembah dan hanya kepada-MU kami memohon pertolongan.


AMEEEEN.. AMEEEEN.. AMEEEEN YA RABBAL ‘ALAMEEN..



 

Tuesday, May 19, 2009

PERKAHWINAN



Salam perjuangan..

Disebabkan cuti sekolah sudah semakin hampir, mungkin banyak kenduri kahwin yang akan berlangsung. Oleh itu, suka lah aku nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat sesiapa yang bakal bergelar suami dan isteri dalam waktu terdekat ini. Di sini, aku sertakan sedikit lirik lagu untuk tatapan bersama..

Selamat (2x) pengantin baru

Berhadapan dengan kehidupan baru

Pengantin baru walaupun ada hiburan

Di sana ada kehidupan mencabar….

 

Suami isteri jangan anggap hanya hiburan

Tapi ia merupakan tanggungjawab

Ia perlukan katabahan kesabaran

Kasih sayang rasa bersama

Bekerjasama….

 

Anak kunci kedamaian kebahgiaan cintakan TUHAN

Bertolak ansur bermaafan perlu kekalkan

Takutkan TUHAN hendaklah disuburkan

Perisai menolak kejahatan….

 

Selamat (2x) pengantin baru

Berhadapan dengan kehidupan baru

Pengantin baru walaupun ada hiburan

Di sana ada kehidupan mencabar….

 

Suami adalah ketua keluarga

Isteri anak-anak hendaklah taat setia

Panduan keluarga adalah syariat TUHAN

Hidup dicucuri berkat dan rahmat TUHAN….

 

Begitulah panduan suami isteri

Terutama pengantin baru

Yang baru berdiri sendiri

Nasihat ini diamal dihayati….

 

Nasihat ini diamal dihayati

Rumahtangga aman damai…..

 

Rumahtangga aman damai

Hingga ke mati….


.:: MAWADDAH ::.


Doaku moga kalian yang bakal mendirikan rumahtangga ini akan beroleh kebahgiaan di dunia dan di akhirat. Sentiasalah berusaha untuk memahami hati dan perasaan pasangan-pasangan kalian. Letakkan kepentingan ALLAH lebih dari segala-galanya. InsyaALLAH, ALLAH akan mempermudahkan segala urusan kalian.. 

Ameeen YA RABBAL 'ALAMEEN..


Friday, May 8, 2009

TRIBUTE UNTUK IBU


Ibu..

Kau pemupuk kasih sayang..

Kerna kau lah ibu yang tercinta..

Kasihmu padaku tidak terhingga..

Hanya TUHAN dapat membalasnya..

 

Bait lagu ni khas ditujukan buat insan yang telah bersusah payah mengandungkan, melahirkan dan menyusukan dan membesarkan ku selama ini hingga ke saat ini. Aku memanggil beliau dengan gelaran ‘mak’.


“Dulu masa abg main-main ngan kaklong dan kakngah, abg jatuh katil sampai berdarah kat mata abg. Masih ada kesan parut kat tepi mata tu” kata ibuku. Terus aku membelek mukaku di cermin. Memang ada kesan parut tu sampai saat ni.


“Abg nangis tak masa jatuh tu, mak?” tanyaku kpd ibuku.


“Abg tak nangis. Mak yang nangis. Pastu abg yang lap airmata mak guna tangan abg. Mak cium pipi abg masa tu.” Jawab ibuku


Cerita ini diceritakan kembali oleh ibuku semasa aku berada di sekolah menengah. Masa aku jatuh katil tu, kata ibuku aku masih berumur 2-3 tahun. Aku pun tak ingat apa yang terjadi masa tu. Masih berhingus la katakan. Lihatlah, betapa besarnya kasih sayang ibu. Sepatutnya bila aku yang jatuh, aku lah yang menangis. Tapi ibuku yang menangis. Tinggi sungguh ego ku.


Mak dan ayah, terima kasih sebab ajar abg ngaji Quran sehingga abg khatam Quran masa darjah dua. Masa ayah nak pukul abg sebab malas mengaji, mak yang ‘back-up’ abg. Ingat lagi, masa tu ramai ngaji kat rumah kita. Lebih kurang 30 orang semuanya. Ramainya anak murid mak dan ayah. Malunya abg ngan mak dan ayah. Walaupun abg dah dapat sijil tahfiz Quran, abg tak ada walau seorang pun anak murid.


Mak, abg ingat lagi masa abg beritahu mak yang abg dapat masuk Darul Quran, mak bermati-matian menghalang abg masuk. Mak cakap ada orang yang sasau (gila) sebab susah sangat nak ingat Quran. Tapi masa tu abg yakinkan mak yang abg mampu buat yang terbaik. Alhamdulillah, akhirnya abg dapat juga menamatkan Program Persijilan Tahfiz abg.


Mak, walaupun beberapa kali abg pernah buat mak menangis, tapi abg tahu yang kasih sayang mak untuk abg tak pernah berkurang. Abg sendiri pernah tengok airmata mak jatuh menyembah bumi disebabkan sikap abg yang kurang menyenangkan hati mak. Abg tak tahu macam mana nak mintak maaf kat mak. Masa raya pun mintak maaf secara umum je. Mak, abg sayang mak sangat-sangat.


Ayah, terima kasih sebab memilih seorang ibu yang terbaik untuk abg dan adik beradik lain. Kaklong, kakngah, mai, siti, jaja dan naeim. Kami semua sayang sangat dengan mak dan ayah. Moga ayah dan mak sentiasa hidup bahagia bersama zuriat-zuriat kalian yang nakal-nakal ni. Moga-moga, kita semua akan dapat hidup bersama di dalam syurga nanti. Ameeen YA RABBAL 'ALAMEEN.. 


.: YA ALLAH, AMPUNILAH DOSA-DOSAKU DAN DOSA KEDUA IBU BAPAKU, DAN RAHMATILAH MEREKA SEBAGAIMANA MEREKA TELAH MENTARBIYAH DIRIKU SEJAK KECILKU :.

Tuesday, May 5, 2009

KERANA CINTA


Cinta itu cahaya sanubari

Kurniaan Tuhan fitrah insani

Dan di mana terciptanya cinta

Di situ rindu bermula

 

Cinta itu tidak pernah meminta

Tetapi memberi sepenuh rela

Rasa bahgia biarpun sengsara

Berkorban segala-gala

 

Semua kerana cinta

Yang pahit manis dirasa

Menghibur nestapa

Merawat luka

Damai dijiwa

 

Terpadam api benci permusuhan

Terjalinlah kasih sayang

Begitulah cinta yang diidamkan

Tanpa nafsu yang mencemarkan

 

Dan jangan pula kerana bercinta

Kita pun leka entah kemana

Dan jangan pula kerana bercinta

Tergadai semua maruah agama

 

Cinta..oh..cinta..oh..cinta..kerana cinta…

 

Cinta yang sejati hanya cintakan Ilahi

Cinta ayah bonda tulus suci selamanya

Cintakan saudara masa berada hanya sementara

Cinta sesama insan suburkan dengan KETAQWAAN..



Monday, May 4, 2009

MENANTI DI BARZAKH

Suatu kursus pengurusan jenazah telah diadakan di masjid kampungku pada hari sabtu yang lepas. Program ini adalah anjuran Masjid Kariah Kampung Kundur Tengah dengan kerjasama UMNO Cawangan Kundur Tengah. Ramai juga belia yang hadir. Lebih kurang 10 orang. Kira ramai la tu. Mungkin belia lain kepenatan kerana pada paginya mereka ada program membersihkan surau. Cat pun dah bertukar. Dari warna hijau bertukar ke warna merah. Cantik sangat.

Alhamdulillah, terlalu banyak ilmu yang ku peroleh sepanjang kursus ini berlangsung. Bukan hanya sekadar teori, praktikal pun ada. Walaupun aku pernah menghadiri kursus pengurusan jenazah sebelum ini, namun aku kian lupa kerana tidak pernah ada praktikal. Selalunya, bila ada kematian di kampungku, ayahku dan beberapa orang pegawai masjid yang menguruskan jenazah tersebut.

Sukalah kiranya untuk aku berkongsi apa yang aku peroleh sepanjang kursus tadi. Antaranya :

Pengurusan jenazah :

- Memandikan

- Mengkafankan

- Menyembahyangkan

- Mengebumikan

Tanda-tanda seorang yang hendak mati :

- Raut wajahnya kendur

- Hidungnya tunduk dan tidak dapat dilihat sendiri

- Apabila dia tidur terlentang, tangan tidak boleh masuk melalui pinggang

- Jari-jarinya lurus

- Sendi-sendi renggang

- Bila digaru kulit, tidak nampak kesan tanah pada kulit tersebut

- Sebelah atas pipinya lekuk

- Nadinya lemah

Alat-alat kematian lengkap :

- Kain kapan putih bidang 60(lelaki 15 meter, wanita 20 meter)

- Kapur barus sekotak

- Kapas 4 gulung

- Sabun wangi sebuku

- Air mawar sebotol

- Minyak attar 2 botol

- Cendana 2 bungkus

- Sekaki payung

- Sehelai tikar

- Jug/cerek

- Gunting


Terlalu banyak yang hendak aku kongsi. Namun yang penting, ilmu ini amat bermakna bagiku. Sentiasalah berusaha untuk membuat kebajikan. Moga-moga, kubur kita akan diterangi oleh cahaya Ilahi dan disejukkan oleh ALLAH.

Di sinilah tempat kita akan disemadikan suatu hari nanti. Mungkin esok, mungkin lusa. Walau apapun andaian kita, maut akan tetap menjelma. Walau berkuasanya kita di dunia ini, kubur tetap akan memanggil kita. Oleh itu, pastikan kita sentiasa bersedia untuk menghadapi saat kematian ini.

.: MANUSIA YANG PALING BIJAK ADALAH MANUSIA YANG SELALU INGAT AKAN MATI :.



KENANGAN TERINDAH

KENANGAN TERINDAH